USAHA-USAHA AWAL YANG DIJALANKAN:
Haji Rusnan bin Haji Arshad, piut kepada Jabar bin Isa telah menjalankan usaha menyusun generasi sebelah neneknya Hajjah Esah @ Nisah binti Yahya. Usaha ini bermula selepas beliau bersara pada 21 Disember, 2005. Beliau telah menemui ahli-ahli keluarga yang mempunyai maklumat yang tinggal di sekitar Negeri Melaka iaitu di Sungai Rambai, Sebatu, Batu Gajah dan Umbai. Terdapat juga ahli keluarga yang tinggal luar daripada Negeri Melaka iaitu di Tanjung Gading dan Parit Bunga, Muar, Johor Darul Takzim dan Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Di antara mereka yang telah ditemui ialah Haji Abdul Ghani bin Md.Jani, Sabtu bin Yahya, Puasa bin Yahya, Ustaz Haji Mohd Zan bin Tambi, Haji Abdul Hamid bin Tamin dan Teh @ Putih binti Awang. Usaha ini telah menghasilkan keluaran pertama buku sejarah SALASILAH DAN SEJARAH KETURUNAN JABAR BIN ISA DAN ISTERINYA MURAI yang diterbitkan pada 01 Syawal, 1428H besamaan 13 Oktober, 2007M.
PERJUMPAAN KALI PERTAMA KELUARGA:
Bagi merapatkan lagi siraturrahim di kalangan ahli keluarga, satu majlis perjumpaan keluarga telah diatur dan diadakan pada Selasa 11 Zulhijah. 1429H bersamaan 09 Disember, 2008M di bangunan Darul Hijrah, TADIKA Islam Maisarah, Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Jasin, Melaka. Seramai lebih 800 orang ahli keluarga dari Melaka, Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pulau Pinang dan Singapura telah berkumpul. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khamis bin Haji Abas, Pengurus Besar, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Semasa perasmian, beliau telah menyarankan agar diwujudkan galeri keluarga. Keluaran kedua buku SEJARAH KETURUNAN JABAR BIN ISA DAN MURAI (MENGANDUNGI 8 GENERASI) telah diedarkan.
MEWUJUDKAN GALERI:
Beberapa perbincangan telah diadakan bagi menyahut saranan Pengurus Besar PERZIM bagi mengadakan galeri keluarga. Hasil perbincangan Ahli Jawatankuasa telah memilih rumah Haji Rusnan bin Haji Arshad di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Jasin, Melaka untuk dijadikan galeri dan dinamakan GALERI KETURUNAN ABDUL JABBAR. Kerajaan Negeri Melaka melalui PERZIM telah meluluskan peruntukan. Pembinaan telah bermula 13 Jun, 2011 dan siap pada 22 Ogos, 2011.
PENGISIAN GALERI:
Galeri ini mempamirkan salasilah, gambar-gambar serta artipak generasi Jabar untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang. Galeri ini juga mempamirkan bahan-bahan sejarah Sungai Rambai seperti peta, gambar-gambar dan artipak untuk membuktikan kewujudan Sungai Rambai yang terletak di Daerah Jasin, selatan Negeri Melaka yang bersempadan dengan Johor Darul Takzim
tahniah tahniah, suatu usaha yg sangat baik....!!!!
ReplyDeleteterbaik
Deleteterbaik
Delete